Sembang Santai – Tip Keselamatan Di Laman Web

18 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

PI Sibuti telah mengadakan aktiviti sembang santai secara maya dengan topik tip keselamatan di laman web. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian tip keselamatan kepada rakan-rakan Facebook Page Pusat Internet Sibuti. Aktiviti ini telah dijalankan secara langsung menerusi aplikasi Stream Yard di laman Facebook Page Pusat Internet Sibuti.

Antara aktiviti yang dijalankan ketika sesi sembang santai ini adalah sesi soalan jawab bersama peserta. Aktiviti sembang santai ini telah berlangsung selama 30 minit bermula pada pukul 11.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Aktiviti berkenaan telah diadakan di bilik latihan PI Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali